Assalammualaikum.
Dalam aku melayani kebosanan dan kebluran... tetiba kenangan indah bersamanya menerpa. Aku jadi rindu bangat dengannya. Begini lah aku. Mak pernah kater.. Nak ingat boleh tapi jangan terbawa-bawa. Tapi bile sunyi camni, aku mudah untuk mengingatinya.
Terlalu singkat aku rasakan. Rasenye baru semalam 'dia' menghantar aku pulang ke poli, tapi harini 'dia' sudah tiada lagi. Meninggalkan kami selamanya.
Segala kenangan bersamanya sering aku terbayang. Tanpanya aku tidak mungkin menjadi seperti sekarang. Aku akui bukanlah anak yang paling rapat dengan beliau, tetapi pemergian nya satu tamparan yang hebat buatku.
ABAH... ateh rindu abah sangat2..
p/s : sayangilah dan berbaktilah kepada ibu dan bapa anda
kerana kita tidak tahu bila Allah akn mengambil ia kembali
Mungkin dalam keadaan yang kita x sangka2.. tanpa tanda
Suddenly..T_T



0 comments:
Post a Comment