Erm actually xder cerita baru pun yang aku nak kongsi, cumanya saje2 melepaskan 'gian' untuk menulis dan 'mula belajar untuk menulis' kembali. ^_*. Hari ini baru aku merasa sedikit free berbanding hari2 sebelum ni.
Almaklumlah hari2 sebelum ni boleh dikatakan saban waktu aku kepenatan yang teamat. Jadual latihan yang agak pack kadang2 menyebabkan aku tak larat nak buat kerja2 lain. Kalau boleh nak tidur sepanjang hari.. -_-. (ape la anak dara tidur jer kejer??? ). Ditambah lagi dengan coverange internet yang agak lembab 2 3 menjak ni membuatkan aku malas nak layan tenet. (penat lagi nak tunggu loading.. bek tidoq kan.. ^_*).
Minggu depan aku dengan team aku yang terlibat dengan MSP dah mula bertolak ke poli sabak bernam(PSIS ~ Politeknik Sultan Idris Shah ) . Takut rasanya. Yela sebelum2 nia aku selalu didengarkan dengan player dari poli lain more excellent. dui, kecut perut. Aku ni bukan nye la pandai sangat dalam idang ni. Nak pukul 'bola' pun kekok. Tersasar dari target. (x layak sebenarnya aku ni..T_T).
Semalam last day kami training sebelum bertolak selasa depan. Berbual2 dengan my buddy, she said ''inn tak harapkan pun menang. Saje2 jer main isi masa lapang. yela bukan ader buat aper2 pun.''. Uhuh, aku agak ternganga la jugak bila dengar tuh. Biar betul minah nih???
Mungkin sebab sebelum2 nih aku agak aktif juga dalam sukan waktu zaman sekolah dlu, dan kami selalu ditekankan ''fight for win'' jadinya aku dah terbiasa. Walaupun aku ali ni main macam hampeh, (1st time terlibat ngan sukan nih) tapi kalau boleh aku still nak menang. Tapi bile dengar inn cakap camtu, aku cuba untuk kurangkan keinginan aku untuk 'menang'. (kalau inn yang lagi terror cakap camtu, aku yang tak reti main nih??? huhuh)
Semalam jugak coach aku der cakap ''kalau kite kalah sebab letih takpe, jangan kite kalah tapi bertenaga''. Aku agak terkesan kot. Beliau pun pernah cakap, ''saya tak kisah kalau team kita kalah, tapi biarlah kalah secara bemaruah''. Walaupun die cakap camtu, aku still sematkan dalam hati, 'Aku Tetap Nak Menang.. (kalau boleh la.. hihihi ^_~).
Papepun doakan kami ek. ^_^


0 comments:
Post a Comment