Assalammualaikum..
Akhirnya...tamatlah riwayat kesan degil... maksudnya yang tersirat, aku pun x tahu. (En.Hanapiah + En.Supa'at akan sebut tu klu kami kalah.. hehehe)
Harini mula untuk menulis balik setelah 5 hari menghabiskan masa di PSIS. Oleh kerana kat PSIS tu takder 3G, jadi tak dapatlah aku menggunakan broadband. Jadinyer terpaksalah aku menyepikan diri dari melayan internet. hehehhe.
Lebih kurang jam 12.30 tgh/hari tadi kami sampai ke Ipoh. Masing2 pulang dengan ke'champion'an masing2. (walaupun kalah..haha). Semua player yang dihantar kalah disaat2 awal, kecuali single lelaki jer semalam, kalah bergaya.. untk ke semi final. Ariff namenye. (takpelah ariff, rezeki kamu di tempat lain.. cuber lagi k.. xmo give up k!!. Bersemangat jerk aku write kat sini, si ariff sure x kan baca..huhuhu). Semalam Ariff fight ngan Poli Merlimau. Memang hanya die yang yang tinggal untuk melayakkan ke semi final (kami dah kalah awal2 dah). Tapi mampu 'dikalahkan' oleh PMM dengan menggunakan serangan psikologi yang tidak pernah digunakan oleh pasukan kami.
PSIS atau boleh jugak dikenali Politeknik Sabak Bernam. Kawasan agak jauh dari pekan. Terletak bersebelahan dengan SBP Integrasi Sabak Bernam, berhampiran dengan Institut Latihan Perakaunan Negara dan Institut Latihan Dan Dakwah Selangor. Dikelilingi oleh 'pohon' kelapa dan pisang. -_- . Ini bermakna sabak bernam ni terkenal dengan IKS, (Industri Kecil & Sederhana) yang berkaitan dengan pisang dan kelapa seperti Nata De Coco, Kerepek dll.
Agak cantik jugak kawasan PSIS ni, sebab ader tasik (tapi cam banyak lumut jer..@_@) dan kemudahan asrama yang agak best (tapi dikhabarkan tempat agak ''keras''. seram aku!!! ), jugk ader swimming pool. Bilik asrama yang agak luas jugak ruangnya, tapi ramai la palak. 5 orang 1 bilik. (student cam aku sure x pat study nyer, borak lagi banyak dari study..T_T). Tapi tempat parking agak terhad. Aku kira x ramai student yang tinggal di luar. Mungkin majority tinggal di hostel.
Kafeteria plak aku x baper pasti keadaanya sebab kami akan 'menikmati' makanan di luar dengan diberi elaun. (bukan kaye tapi tempahan makanan dah terlalu ramai dari Poli lain, pengurus cafe x larat nak mask). Tempat2nya ialah:
1. Pantai (agak sesak dengan pelanggan dan agak lame mase diambil untuk mendapatkan makanan. Oarang kenyang boleh lapar balik..-_-)
2. Restoran D' Muara (Pergi time hari ketiga. Agak jauh kerana perlu melepasi pekan Sg. Besar. Saje2 coach bawa jalan2)
3. Kedai2 makan tepi jalan (sebat ajer maner yang dekat.. *_^)
4. Restoran di Bagan Nakhkoda Omar. Kat tepi laut tapi berselut, jadi x boleh mandi. Mee udang nye murah dan kedai yang paling kerap kami pergi.
So harini pagi2 lagi kami dah bertolak pulang. Dalam jam 8.30 ++. Sempat jugak bergambar di 'Tasik Hijau'. Semoga 'mereka' yang tinggal dapat meneruskan kejayaan yang di perolehi.. Gud Luck keyh!!
Selamat Tinggal PSIS... ^_*.

0 comments:
Post a Comment